Mr Elsey C. Larry

Cerita yg Harus Dibaca - Kisah Si Pendayung Sampan

April 20, 2008 · 1 Comment

PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam.
 Professor
memang mencari pendayung sampan yang pendiam
 agar tidak banyak bertanya ketika dia  sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat
kajian.
 Diambilnya
sedikit air laut dengan tabung uji kemudian

digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di  dalam buku.. Berjam-jam lamanya Professor itu
membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan
itu
 mendongak
ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia

berkata di dalam hati, "Hmm.. Hari nak
hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke
darat" kata
 Professor itu.    
 Pendayung
sampan itu akur dan mula
 memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam  perjalanan
pulang itu barulah Professor itu menegur
 pendayung sampan.
"Kamu dah lama kerja mendayung
sampan?" Tanya
 Professor itu.
"Hampir semur hidup saya.." Jawab
pendayung sampan itu
 dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor
itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain
selain dari
 mendayung
 sampan?"
Tanya Professor itu.   

 Pendayung
sampan itu
 hanya menggelengkan  kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu  bertanya
lagi, "Kamu
 tahu geografi?"    
 Pendayung
sampan itu menggelengkan
 kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25
peratus dari
 usia
kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu
biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan.
 Kamu dah kehilangan  50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu  masih
lagi bertanya.
 Seperti
tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan
 kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu
sudah kehilangan 75
 peratus dari usia  kamu..Malang sungguh nasib kamu,
semuanya tak
 tahu.Seluruh usia kamu  dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor  itu dengan nada  mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya  berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan
turun.
 Tiba-tiba
saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan
 pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu
bertanya,   
 
 "Kamu
tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100
peratus nyawa
 kamu."
Kata pendayung sampan itu sambil   berenang
 menuju
ke pantai.


Morale of the Story:


Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh
 menjamin kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak
 tahu
perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya
 orang yang kita sangka
bodoh itu rupanya lebih berjaya
 dari kita. Dia mungkin
bodoh  dalam bidang yang tidak
 ada kena mengena dengan
kerjayanya, tetapi "MASTER"
 dalam bidang yang
diceburi.
 Hidup
ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan
jika bukan utk 
 digunakan dan boleh digunakan?

  Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu
terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.  Usaha sempurna adalah kemenangan
..

Categories: Uncategorized



1 response so far ↓

  •   kamek nap // Aug 22nd 2008 at 10:54 pm

    Tersirat 10001 makna dalam crita tok..kenak ingat juak,selagi kita hidup,selagi ya kita belajar.ilmu yg hadir dlm hidup kita akan dtg dlm pelbagai cara.x semestinya dr cikgu,lecturer or sifu semata2.ilmu yg kita ada skrg hanya sedikit jak kalau nak dibandingkan ilmu yg dimiliki oleh Maha Kuasa.ilmu yg kita dpt skrg umpama setitik air d lautan,sdgkan ilmu dimiliki Yang Maha Kuasa umpama lautan yg x brpenghujung..Renung2 kan & slamat beramal..

Leave a Comment